Yeremia 42:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian semua pemimpin askar, termasuk Yohanan anak Kareah dan Azarya anak Hosaya, datang bersama-sama rakyat daripada semua lapisan masyarakat.

2. Mereka berkata kepadaku, “Tolonglah kabulkan permintaan kami. Berdoalah kepada TUHAN, Allah kita bagi kami. Berdoalah bagi kami semua yang terselamat. Dahulu kami ramai bilangannya, tetapi sekarang lihatlah, bilangan kami tinggal sedikit sahaja.

3. Berdoalah agar TUHAN, Allah kita akan menunjukkan jalan yang harus kami ikut dan apa yang harus kami lakukan.”

4. “Baiklah,” jawabku, “Aku akan berdoa kepada TUHAN, Allah kita menurut permintaan kamu; dan apa pun jawapan-Nya kelak, akan aku sampaikan kepada saudara semua. Aku tidak akan merahsiakan apa-apa pun.”

5. Kemudian mereka berkata kepadaku, “Biarlah TUHAN menjadi saksi yang jujur dan setia terhadap kami jika kami tidak taat kepada perintah yang diberikan TUHAN, Allah kita kepadamu untuk kami.

13-15. Tetapi kamu yang masih tinggal di Yehuda mesti taat kepada TUHAN, Allah kamu dan rela tinggal di negeri ini. Kamu tidak boleh berkata, ‘Kami mahu pergi ke Mesir dan tinggal di sana, supaya kami tidak lagi mengalami peperangan, tidak mendengar tiupan trompet yang memanggil untuk berperang dan tidak menderita kebuluran.’ Jika kamu berkata demikian, maka inilah firman TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, ‘Jika kamu nekad pergi ke Mesir dan tinggal di sana,

Yeremia 42