6. Oleh itu Ismael keluar dari Mizpa dan pergi menemui mereka. Dia menangis sambil berkata kepada mereka, “Mari lihat Gedalya.”
7. Sebaik sahaja mereka berada di dalam kota itu, Ismael dan semua orangnya membunuh mereka, dan membuang mayat mereka ke dalam sebuah perigi.
8. Tetapi ada sepuluh orang antara mereka yang berkata kepada Ismael, “Tolonglah, jangan bunuh kami! Kami mempunyai gandum, barli, minyak zaitun, dan madu yang tersembunyi di ladang.” Oleh itu Ismael melepaskan mereka.