2. kamu boleh bersumpah demi nama-Ku. Kemudian semua bangsa akan meminta Aku memberkati mereka, dan mereka akan memuji Aku.”
3. TUHAN berfirman kepada penduduk Yehuda dan Yerusalem, “Bajaklah tanah kamu yang belum dibajak; jangan tabur benih antara tumbuhan berduri.
4. Peganglah perjanjian kamu dengan Aku, TUHAN kamu; khaskanlah diri kamu untuk Aku, hai penduduk Yehuda dan Yerusalem. Jika tidak, kemurkaan-Ku akan membakar seperti api yang tidak dapat dipadamkan oleh sesiapa pun, kerana segala perbuatan kamu yang jahat!”
5. Tiuplah trompet di seluruh negeri!Berserulah dengan lantang dan jelas.Suruhlah penduduk Yehuda dan Yerusalemlari ke kota-kota berkubu.
6. Tunjukkanlah jalan ke Sion!Cepatlah menyelamatkan diri!Jangan berlengah-lengah!TUHAN sedang mendatangkan malapetakadan kehancuran besar dari utara.
7. Seperti singa keluar dari persembunyiannya,begitulah pemusnah bangsa-bangsa telah berangkat.Dia datang untuk membinasakan Yehuda.Kota-kota Yehuda akan menjadi reruntuhan,dan tidak akan didiami orang.
8. Oleh itu menangislah dan merataplah,pakailah kain guni tanda berduka,kerana kemurkaan TUHAN yang menyala-nyalabelum reda terhadap Yehuda.
9. TUHAN berfirman, “Pada hari itu raja-raja dan para pegawai akan patah semangat; imam-imam akan terperanjat, dan nabi-nabi terkejut.”
10. Kemudian aku berkata, “Ya TUHAN Raja, Engkau betul-betul telah menipu penduduk Yerusalem! Engkau berfirman bahawa akan ada kedamaian, tetapi sekarang nyawa mereka terancam.”
11. Masanya akan tiba apabila penduduk Yerusalem diberitahu bahawa angin panas dari gurun sedang bertiup ke arah mereka. Angin itu bukan angin yang hanya menerbangkan sekam,
12. melainkan angin kuat yang datang atas perintah TUHAN. TUHAN sendirilah yang menjatuhkan hukuman terhadap umat-Nya.
13. Lihatlah musuh muncul seperti awan. Kereta kudanya seperti puting beliung, dan kudanya lebih pantas daripada burung helang. Kita ditimpa malang! Kita binasa!