Yeremia 37:4-18 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Ketika itu aku belum dipenjarakan dan masih bebas bergerak antara rakyat.

5. Tentera Babilonia sedang mengepung Yerusalem. Tetapi apabila mereka mendengar bahawa tentera Mesir sudah keluar dari Mesir untuk berperang, mereka berundur.

6. Kemudian TUHAN, Allah Israel, menyuruh aku

7. berkata kepada Raja Zedekia, “Tentera Mesir sedang datang untuk menolongmu, tetapi mereka akan pulang.

8. Selepas itu tentera Babilonia akan datang lagi dan menyerang kota ini; mereka akan merebut dan membakarnya.

9. Aku, TUHAN memberi kamu amaran supaya jangan tipu diri kamu sendiri dengan berfikir bahawa tentera Babilonia tidak akan kembali. Mereka pasti akan kembali.

10. Andaikata kamu berjaya mengalahkan seluruh tentera Babilonia, sehingga yang tinggal hanya orang yang luka parah di dalam khemah-khemah, namun mereka akan bangun dan membakar kota ini sampai musnah.”

11. Tentera Babilonia meninggalkan Yerusalem kerana tentera Mesir bergerak maju ke kota itu.

12. Oleh itu aku meninggalkan Yerusalem dan pergi ke wilayah Benyamin untuk menerima warisanku daripada keluargaku.

13. Tetapi apabila aku sampai di Pintu Gerbang Benyamin, seorang pegawai tentera yang bertugas di situ, yang bernama Yeria anak Selemya dan cucu Hananya, menahan aku dan berkata, “Engkau mahu lari ke pihak orang Babilonia!”

14. Aku berkata, “Tidak! Aku tidak bermaksud lari ke pihak musuh.” Tetapi Yeria tidak percaya. Dia menangkap aku dan membawa aku kepada pegawai-pegawai tentera.

15. Mereka marah terhadap aku dan memberikan perintah supaya aku dipukul dan ditahan di rumah Yonatan, setiausaha negara. Pada masa itu rumahnya telah dijadikan penjara.

16. Aku dimasukkan ke dalam sebuah bilik di bawah tanah, dan aku ditahan lama di situ.

17. Kemudian Raja Zedekia memanggil aku menghadapnya di istana. Di situ secara rahsia raja bertanya kepadaku, “Adakah perkhabaran apa-apa daripada TUHAN?”“Ada,” jawabku. “Tuanku akan diserahkan kepada raja Babilonia.”

18. Lalu aku bertanya kepadanya, “Apakah kesalahan hamba terhadap tuanku, pegawai-pegawai tuanku, dan rakyat, sehingga tuanku memasukkan hamba di dalam penjara?

Yeremia 37