Yeremia 37:20-21 Alkitab Berita Baik (BM)

20. Sekarang, sudilah tuanku mendengarkan hamba dan mengabulkan permintaan hamba. Tolong jangan masukkan hamba ke penjara lagi di rumah Yonatan, kerana hamba akan mati di sana.”

21. Oleh itu Raja Zedekia memerintahkan supaya aku ditahan di halaman istana. Aku tinggal di situ, dan setiap hari aku diberikan sebuku roti dari tempat membuat roti, sampai kota itu kehabisan roti.

Yeremia 37