31. Aku akan menghukum engkau, keturunanmu, dan pegawai-pegawaimu, kerana dosa kamu semua. Tiada sesiapa pun, baik engkau, penduduk Yerusalem ataupun Yehuda, yang mempedulikan amaran-Ku. Oleh itu, Aku akan mendatangkan bencana yang telah Aku ancamkan kepada kamu semua.”
32. Selepas itu aku mengambil sebuah naskhah gulungan lain dan memberikannya kepada Barukh, setiausahaku. Lalu dia menulis semua yang aku imlakkan itu. Dia menulis semua yang terkandung di dalam kitab gulungan yang pertama, dan juga perkhabaran lain seperti itu.