1. Pada tahun kesepuluh pemerintahan Raja Zedekia di Yehuda, iaitu tahun kelapan belas pemerintahan Raja Nebukadnezar di Babilonia, TUHAN berfirman kepadaku.
2. Pada masa itu tentara raja Babilonia sedang menyerang Yerusalem. Aku ditahan di halaman istana raja
3. oleh Raja Zedekia kerana aku dituduh mengumumkan bahawa TUHAN berfirman, “Aku akan membiarkan raja Babilonia menaklukkan kota ini,
4. dan Raja Zedekia tidak akan dapat melarikan diri. Dia akan diserahkan kepada raja Babilonia; dia akan menghadap raja itu dan bertutur dengannya.