Yeremia 31:9-14 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Sambil menangis umat-Ku akan kembali,mereka berdoa semasa Aku memimpin mereka pulang.Aku memimpin mereka ke anak-anak sungai,melalui jalan rata supaya mereka tidak tersandung.Aku seperti seorang bapa kepada Israel,Efraim ialah anak-Ku yang sulung.”

10. TUHAN berfirman,“Dengarlah hai bangsa-bangsa!Isytiharkanlah perkhabaran-Ku ke seberang laut.Umat-Ku yang telah Kucerai-beraikanakan Kukumpulkan dan Kupelihara seperti gembala menjaga dombanya.

11. Aku telah membebaskan umat Israel,dan menyelamatkan mereka daripada bangsa yang kuat.

12. Mereka akan datang ke Bukit Sionsambil menyanyi dengan gembira;mereka bersukacita kerana pemberian-Ku,iaitu gandum, wain, minyak zaitun, domba, dan lembu.Mereka seperti taman yang cukup airnya,mereka tidak akan kekurangan apa-apa.

13. Pada masa itu gadis-gadis akan menari dengan gembira.Kaum lelaki, tua dan muda, akan bersukacita.Aku akan menghibur merekadan mengubah kedukaan mereka menjadi kesukaan,kesedihan menjadi kebahagiaan.

14. Para imam akan Kupuaskan dengan makanan yang berlimpah-limpah,dan memenuhi semua keperluan umat-Ku.Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Yeremia 31