Yeremia 31:13-28 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Pada masa itu gadis-gadis akan menari dengan gembira.Kaum lelaki, tua dan muda, akan bersukacita.Aku akan menghibur merekadan mengubah kedukaan mereka menjadi kesukaan,kesedihan menjadi kebahagiaan.

14. Para imam akan Kupuaskan dengan makanan yang berlimpah-limpah,dan memenuhi semua keperluan umat-Ku.Aku, TUHAN, telah berfirman.”

15. TUHAN berfirman,“Di Rama terdengar ratapan,tangisan yang penuh kepedihan.Rahel meratapi anak-anaknya;dia tidak mahu dihibur kerana mereka sudah tiada.

16. Hentikan tangismu dan keringkan air matamu.Jerih payahmu untuk anak-anakmu akan diberikan ganjaran;anak-anakmu akan pulang dari negeri musuh.

17. Ada harapan bagi masa depanmu;anak-anakmu akan pulang ke negeri sendiri.Aku, TUHAN, telah berfirman.

18. Aku mendengar umat Israel berkata dengan penuh kesedihan,‘Ya TUHAN, kami seperti haiwan yang belum dijinakkan,tetapi Engkau melatih kami supaya patuh.Bawalah kami kembali;kami sedia balik kepada-Mu,ya TUHAN, Allah kami.

19. Kami telah berpaling daripada-Mu,tetapi kami menyesali perbuatan itu.Setelah Engkau menghukum kami,kami menundukkan kepala kerana sedih.Kami malu dan dihinakerana kami berdosa pada masa muda.’

20. Hai Israel, engkau anak kesayangan-Ku,anak tercinta, buah hati-Ku.Setiap kali Aku mengancam engkau,Aku mengingat engkau dengan rindu.Aku mengasihimu;Aku akan berbelas kasihan.

21. Tandailah jalan, dan pasanglah penunjuk jalan;carilah jalan yang engkau ikut dahulu.Hai umat Israel, pulanglah.Kembalilah ke kota-kotamu dahulu.

22. Sampai bilakah kamu ragu-ragu,hai bangsa yang tidak setia kepada-Ku?Aku telah menciptakan sesuatu yang baru dan aneh,luar biasa seperti wanita melindungi lelaki.”

23. TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel berfirman, “Apabila Aku mengembalikan umat-Ku ke negeri mereka, maka di negeri Yehuda dan di kota-kotanya akan terdengar lagi orang berkata,‘Semoga TUHAN memberkati bukit suci di Yerusalemtempat kediaman yang khas bagi-Nya.’

24. Orang akan tinggal di Yehuda dan di semua kotanya. Di sana akan ada petani, dan gembala dengan ternakan mereka.

25. Aku akan menyegarkan mereka yang lelah, dan mengenyangkan mereka yang lemah kerana lapar.

26. Pada masa itu orang akan berkata, ‘Setelah tidur nyenyak, aku berasa segar.’

27. Aku, TUHAN, berfirman bahawa akan tiba masanya apabila Aku memenuhi negeri Israel dan Yehuda dengan manusia dan haiwan.

28. Sebagaimana dahulu Aku telah berjaga untuk mencabut, meruntuhkan, menggulingkan, memusnahkan dan menghancurkan mereka, begitu juga Aku akan berjaga untuk menegakkan dan membangunkan mereka semula.

Yeremia 31