11. Aku telah membebaskan umat Israel,dan menyelamatkan mereka daripada bangsa yang kuat.
12. Mereka akan datang ke Bukit Sionsambil menyanyi dengan gembira;mereka bersukacita kerana pemberian-Ku,iaitu gandum, wain, minyak zaitun, domba, dan lembu.Mereka seperti taman yang cukup airnya,mereka tidak akan kekurangan apa-apa.
13. Pada masa itu gadis-gadis akan menari dengan gembira.Kaum lelaki, tua dan muda, akan bersukacita.Aku akan menghibur merekadan mengubah kedukaan mereka menjadi kesukaan,kesedihan menjadi kebahagiaan.
14. Para imam akan Kupuaskan dengan makanan yang berlimpah-limpah,dan memenuhi semua keperluan umat-Ku.Aku, TUHAN, telah berfirman.”
15. TUHAN berfirman,“Di Rama terdengar ratapan,tangisan yang penuh kepedihan.Rahel meratapi anak-anaknya;dia tidak mahu dihibur kerana mereka sudah tiada.
16. Hentikan tangismu dan keringkan air matamu.Jerih payahmu untuk anak-anakmu akan diberikan ganjaran;anak-anakmu akan pulang dari negeri musuh.
17. Ada harapan bagi masa depanmu;anak-anakmu akan pulang ke negeri sendiri.Aku, TUHAN, telah berfirman.
18. Aku mendengar umat Israel berkata dengan penuh kesedihan,‘Ya TUHAN, kami seperti haiwan yang belum dijinakkan,tetapi Engkau melatih kami supaya patuh.Bawalah kami kembali;kami sedia balik kepada-Mu,ya TUHAN, Allah kami.
19. Kami telah berpaling daripada-Mu,tetapi kami menyesali perbuatan itu.Setelah Engkau menghukum kami,kami menundukkan kepala kerana sedih.Kami malu dan dihinakerana kami berdosa pada masa muda.’
20. Hai Israel, engkau anak kesayangan-Ku,anak tercinta, buah hati-Ku.Setiap kali Aku mengancam engkau,Aku mengingat engkau dengan rindu.Aku mengasihimu;Aku akan berbelas kasihan.
21. Tandailah jalan, dan pasanglah penunjuk jalan;carilah jalan yang engkau ikut dahulu.Hai umat Israel, pulanglah.Kembalilah ke kota-kotamu dahulu.