Yeremia 31:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku menjadi Allah kepada semua suku Israel, dan mereka akan menjadi umat-Ku.

2. Dahulu di gurun Aku menunjukkan belas kasihan kepada mereka yang terlepas daripada maut. Ketika umat Israel mencari ketenangan,

3. dari jauh Aku menampakkan diri kepada mereka. Hai umat Israel, sejak dahulu Aku selalu mengasihi kamu, dan untuk seterusnya Aku akan menunjukkan bahawa Aku selalu mengasihi kamu.

Yeremia 31