8. Tetapi bangsa atau kerajaan yang tidak mahu takluk kepada Nebukadnezar akan Kuhukum dengan peperangan, kebuluran, dan wabak sehingga Kubiarkan Nebukadnezar memusnahkan mereka sama sekali.
9. Jangan dengarkan nabi-nabi kamu atau sesiapa pun juga yang melarang kamu takluk kepada raja Babilonia, walaupun mereka mengaku dapat meramalkan masa depan, sama ada melalui mimpi, atau dengan memanggil roh orang mati, atau dengan ilmu sihir.
10. Mereka menipu kamu sehingga kamu dibawa jauh dari negeri kamu. Aku akan mengusir kamu, dan kamu akan binasa.
11. Tetapi bangsa yang mahu takluk dan mahu mengabdi kepada raja Babilonia akan Kubiar tinggal di tanah air mereka untuk bercucuk tanam di situ. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
12. Aku menyampaikan hal yang sama kepada Raja Zedekia dari Yehuda. Aku berkata, “Hendaklah tuanku menyerah diri kepada raja Babilonia. Berkhidmatlah kepadanya dan kepada rakyatnya, supaya tuanku selamat.
13. TUHAN telah berfirman bahawa bangsa yang tidak takluk kepada raja Babilonia akan mati kerana peperangan atau kebuluran atau wabak. Mengapakah tuanku dan rakyat mahu mati dengan cara demikian?
14. Jangan dengarkan nabi-nabi yang melarang tuanku takluk kepada raja Babilonia. Mereka menipu tuanku.
15. TUHAN sendiri berfirman bahawa Dia tidak mengutus mereka, dan mereka berdusta kepada tuanku demi nama-Nya. Oleh itu Dia akan mengusir dan membinasakan tuanku bersama dengan nabi-nabi yang telah berdusta kepada tuanku.”
16. Kemudian aku memberitahu imam-imam dan semua rakyat bahawa TUHAN berfirman, “Jangan dengarkan nabi-nabi yang berkata bahawa tidak lama lagi harta benda Rumah-Ku akan dibawa kembali dari Babilonia. Mereka berdusta kepada kamu.
17. Jangan dengarkan mereka! Hendaklah kamu menyerah diri kepada raja Babilonia, supaya kamu selamat. Mengapa kota ini dibiarkan menjadi timbunan runtuhan?
18. Jika mereka benar-benar nabi dan telah menerima perkhabaran daripada-Ku, sekarang biarlah mereka minta kepada-Ku, TUHAN Yang Maha Kuasa, supaya harta benda yang masih ada di Rumah-Ku dan di istana raja di Yerusalem, tidak diangkut ke Babilonia.”(
21. “Dengarlah akan firman-Ku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, tentang semua harta benda yang tertinggal di Rumah-Ku dan di istana raja di Yerusalem:
22. Semuanya akan diangkut ke Babilonia, dan akan tetap di sana sehingga Aku memperhatikannya lagi. Pada masa itu barulah Aku membawa semuanya kembali ke tempat ini. Aku, TUHAN, telah berfirman.”