1. Tidak lama selepas Raja Zedekia putera Raja Yosia menjadi raja Yehuda, TUHAN menyuruh aku
2. membuat tali daripada kulit dan membuat kok daripada kayu, lalu memasangnya di tengkukku.
3. Kemudian TUHAN menyuruh aku menyampaikan perkhabaran kepada raja Edom, Moab, Amon, Tirus, dan Sidon, dengan perantaraan para utusan mereka yang telah datang ke Yerusalem untuk menghadap Raja Zedekia.
4. TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, menyuruh aku memerintahkan mereka untuk memberitahu raja-raja mereka firman TUHAN ini,
5. “Dengan kuasa-Ku yang besar dan dengan kekuatan-Ku, Aku telah menciptakan dunia, manusia, dan semua binatang di bumi; Aku dapat memberikan semua itu kepada sesiapa sahaja yang Aku kehendaki.
6. Akulah yang telah menyerahkan semua bangsa ini ke bawah kekuasaan hamba-Ku, Nebukadnezar, raja Babilonia. Bahkan binatang liar pun telah Kuserah kepadanya untuk dikuasai.
7. Semua bangsa akan mengabdi kepada Raja Nebukadnezar, putera, dan cucunya sampai masa negerinya sendiri jatuh. Pada masa itu bangsa Babilonia akan mengabdi kepada bangsa-bangsa yang kuat dan raja-raja yang besar.
19-20. Apabila Raja Nebukadnezar menangkap Yoyakhin putera Raja Yoyakim, raja Yehuda, dan para pemimpin masyarakat Yehuda dan Yerusalem, lalu membawa mereka ke Babilonia, Raja Nebukadnezar tidak mengambil tiang-tiang, bejana gangsa, pedati-pedati, dan beberapa harta lain di Rumah TUHAN.)