Yeremia 26:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Sebaik sahaja Yoyakim putera Raja Yosia menjadi raja Yehuda,

2. TUHAN berfirman kepadaku, “Pergilah berdiri di halaman Rumah-Ku dan berucaplah kepada orang dari kota-kota Yehuda yang datang beribadat di situ. Isytiharkanlah semua yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan kurangi sepatah kata pun.

3. Mungkin bangsa itu mahu mendengar, lalu berhenti berbuat jahat. Jika demikian, Aku tidak akan melaksanakan rancangan-Ku. Aku tidak akan membinasakan mereka kerana perbuatan jahat mereka.”

4. TUHAN menyuruh aku berkata kepada mereka, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Aku, TUHAN, telah memberikan perintah supaya kamu mesti taat kepada-Ku dan mematuhi hukum yang telah Kuberikan kepada kamu.

5. Kamu mesti juga mendengarkan apa yang dikatakan oleh hamba-Ku, iaitu para nabi yang terus-menerus Kuutus kepada kamu. Tetapi kamu tidak pernah mendengarkan mereka.

6. Jika kamu tetap membantah, Aku akan memperlakukan Rumah-Ku ini seperti Aku telah memperlakukan Silo, sehingga semua bangsa di dunia menggunakan nama kota Yerusalem sebagai kutuk.’ ”

Yeremia 26