Yeremia 25:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Oleh sebab kamu tidak mahu mendengarkan firman-Nya, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman,

9. ‘Aku akan memanggil semua bangsa dari utara, dan juga hamba-Ku, Raja Nebukadnezar dari Babilonia. Aku akan mengerahkan mereka supaya memerangi Yehuda dan penduduknya serta memerangi semua bangsa di sekitarnya. Aku akan membinasakan penduduk Yehuda bersama dengan bangsa-bangsa di sekitarnya, dan membiarkan mereka hancur selama-lamanya. Sesiapa yang nampak mereka akan terkejut dan berasa ngeri. Aku, TUHAN, telah berfirman.

10. Aku akan menghentikan sorak kegembiraan dan pesta perkahwinan mereka. Mereka tidak akan mempunyai minyak untuk pelita, dan gandum mereka akan habis.

Yeremia 25