Yeremia 25:14-18 Alkitab Berita Baik (BM)

14. Aku akan membalas perbuatan orang Babilonia; mereka akan diperhamba oleh raja-raja besar dan oleh banyak bangsa.’ ”

15. TUHAN, Allah Israel berfirman kepadaku, “Inilah cawan wain yang telah diisi dengan kemurkaan-Ku. Bawalah cawan ini kepada semua bangsa, dan suruhlah mereka minum dari cawan ini. Aku mengutus engkau kepada mereka.

16. Apabila mereka minum dari cawan ini, mereka akan terhuyung-hayang dan hilang akal kerana peperangan yang Aku datangkan kepada mereka.”

17. Oleh itu aku mengambil cawan itu dari tangan TUHAN, lalu pergi kepada semua bangsa; TUHAN telah mengutus aku kepada mereka. Kemudian aku memberi mereka minum dari cawan itu.

18. Yerusalem dan semua kota di Yehuda, bersama dengan raja-raja dan para pemimpin mereka, disuruh minum daripada cawan itu sehingga mereka menjadi seperti gurun yang mengerikan. Nama mereka akan digunakan sebagai kutuk, seperti yang berlaku sampai hari ini.

Yeremia 25