1. Pada tahun keempat selepas Yoyakim putera Raja Yosia menjadi raja Yehuda, aku mendapat perkhabaran daripada TUHAN tentang semua penduduk Yehuda. (Hal ini berlaku pada tahun pertama pemerintahan Raja Nebukadnezar di Babilonia.)
2. Aku berkata kepada semua penduduk Yehuda dan Yerusalem,
3. “Selama dua puluh tiga tahun, sejak tahun ketiga belas Raja Yosia putera Raja Amon memerintah di Yehuda sampai hari ini, TUHAN telah berfirman kepadaku dan aku tidak pernah lalai menyampaikan apa yang telah difirmankan-Nya kepada kamu. Tetapi kamu tidak pernah memperhatikannya.
19-26. Inilah senarai nama orang lain yang harus minum dari cawan itu:raja Mesir, para pegawai dan pemimpinnya;semua orang Mesir dan semua bangsa asing di Mesir;semua raja di tanah Us;semua raja Filistin di kota Askelon, Gaza, Ekron, dan orang yang masih hidup di Asdod;semua orang Edom, Moab, dan Amon;semua raja di Tirus dan Sidon;semua raja di kawasan pantai Laut Tengah;kota Dedan, Tema, dan Bus;semua orang yang memendekkan rambut mereka;semua raja Arab;semua raja suku yang tinggal di gurun;semua raja di Zimri, Elam, dan Madai;semua raja di utara, jauh dan dekat, seorang demi seorang.Semua bangsa di seluruh muka bumi mesti minum dari cawan itu. Orang terakhir yang mesti minum dari cawan itu ialah raja Babilonia.