8. Tetapi Aku, TUHAN akan memperlakukan orang berikut seperti buah ara yang busuk, yang tidak dapat dimakan: Raja Zedekia dari Yehuda, dan para pegawainya, serta penduduk Yerusalem yang lain, yang tetap tinggal di negeri ini atau yang telah berpindah ke Mesir.
9. Aku akan mendatangkan bencana kepada mereka sehingga semua bangsa di seluruh dunia takut. Mereka akan diejek, dijadikan bahan tertawaan dan dipermalukan. Di mana sahaja Aku mencerai-beraikan mereka, nama mereka akan digunakan sebagai kutuk.
10. Aku akan mendatangkan peperangan, kebuluran, dan wabak kepada mereka sehingga mereka semua mati, dan tiada orang yang tertinggal di negeri yang telah Kuberikan kepada mereka dan nenek moyang mereka.”