2. Bakul yang pertama berisi buah ara yang baik, seperti buah ara yang mula-mula masak, sedangkan bakul yang kedua berisi buah ara yang busuk, sehingga tidak dapat dimakan.
3. Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Hai Yeremia, apakah yang engkau nampak?”Aku menjawab, “Aku nampak buah ara. Buah yang baik sangat baik, dan buah yang busuk sangat busuk sehingga tidak dapat dimakan.”
4. TUHAN berfirman lagi,
5. “Aku, TUHAN, Allah Israel menganggap orang yang telah diangkut ke Babilonia itu seperti buah ara yang baik ini, dan Aku akan memperlakukan mereka dengan baik.
6. Aku akan menjaga mereka dan membawa mereka kembali ke negeri ini. Aku akan membina mereka, dan tidak meruntuhkan mereka; Aku akan menegakkan mereka, dan tidak mencabut mereka.
7. Aku akan memberikan kemahuan kepada mereka untuk memahami bahawa Akulah TUHAN. Dengan demikian mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku menjadi Allah mereka, kerana mereka akan kembali kepada-Ku dengan sepenuh hati.