6. Apabila dia menjadi raja, orang Yehuda akan selamat, dan orang Israel akan hidup dengan damai. Raja itu akan disebut ‘TUHAN Penyelamat Kita’.
7. Masanya akan tiba apabila orang tidak lagi bersumpah demi Aku, Allah yang hidup, yang membawa umat Israel keluar dari Mesir.
8. Tetapi mereka akan bersumpah demi Aku, Allah yang hidup, yang membawa umat Israel keluar dari sebuah negeri di utara, dan dari semua negeri lain tempat Aku mencerai-beraikan mereka. Kemudian mereka akan tinggal di tanah air mereka sendiri.”
9. Hatiku hancurdan aku gementar.TUHAN dan firman-Nya yang sucimenjadikan aku seperti orang mabuk,orang yang minum terlalu banyak wain.
10. Negeri penuh dengan orang yang tidak setia kepada TUHAN.Hidup mereka jahat dan mereka menyalahgunakan kuasa.Rumput di padang menjadi kering dan seluruh negeri berkabung,kerana dikutuk oleh TUHAN.
11. TUHAN berfirman,“Nabi dan imam tidak mahu taat kepada-Ku.Aku mendapati mereka berbuat jahat bahkan di Rumah-Ku.
12. Oleh itu, jalan yang dilalui mereka akan licin dan gelap;Aku akan menyebabkan mereka tersandung dan jatuh.Aku akan mendatangkan malapetaka kepada mereka,apabila masanya tiba untuk menghukum mereka.Aku, TUHAN, telah berfirman.
13. Aku telah nampak dosa nabi-nabi Samaria.Mereka berucap demi nama Baal,dan menyesatkan umat-Ku Israel.
14. Tetapi di Yerusalem, Aku nampak nabi-nabimelakukan hal-hal yang lebih jahat lagi.Mereka berdusta dan berzina,serta menyokong orang yang berbuat jahat,sehingga tiada seorang pun mahu bertaubat.Bagi-Ku, mereka semua jahatseperti penduduk Sodom dan Gomora.”
15. Inilah firman TUHAN Yang Maha Kuasa tentang nabi-nabi di Yerusalem, “Aku akan memberi mereka tanaman pahit sebagai makanan dan racun sebagai minuman, kerana mereka menyebabkan orang di seluruh negeri tidak mentaati Aku.”
16. TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada penduduk Yerusalem, “Jangan dengarkan perkataan nabi-nabi yang sentiasa memberikan harapan kosong belaka. Mereka hanya menyampaikan khayalan sendiri dan bukan perkhabaran daripada-Ku.
17. Mereka selalu berkata kepada orang yang tidak mahu mendengarkan firman-Ku, ‘Kamu akan selamat.’ Mereka berkata kepada setiap orang yang degil, ‘Kamu tidak akan ditimpa bencana.’ ”
18. Aku berkata, “Tiada seorang pun daripada nabi-nabi itu mengetahui apa yang terkandung dalam fikiran TUHAN. Tiada seorang pun antara mereka yang pernah mendengar dan memahami rancangan-Nya; tiada juga yang memperhatikan atau mengendahkan firman-Nya.
19. Kemurkaan-Nya bagaikan angin ribut yang mengamuk dan melanda orang jahat.
20. Kemurkaan-Nya tidak akan reda sebelum semua rancangan-Nya dilaksanakan. Pada kemudian hari, umat TUHAN akan memahami hal itu dengan jelas.”