7. Aku akan mengirim orang untuk menghancurkannya. Mereka akan membawa kapak, lalu merobohkan tiang-tiangnya yang indah, yang dibuat daripada kayu sedar. Kemudian mereka akan melemparkannya ke dalam api.
8. Selepas itu banyak orang asing akan lalu di situ dan bertanya kepada satu sama lain, mengapa Aku, TUHAN, telah bertindak begitu terhadap kota yang besar itu.
9. Kemudian mereka akan menjawab bahawa semua itu berlaku kerana kamu telah mengingkari perjanjian kamu dengan Aku, Allah kamu, dan telah menyembah serta mengabdi kepada tuhan-tuhan lain.”
10. Hai penduduk Yehuda, jangan tangisi Raja Yosia;jangan ratapi kemangkatan raja.Tetapi tangisilah Yoahas, putera raja;kerana putera itu telah dibawa pergidan tidak akan kembali.Dia tidak akan melihat tanah airnya lagi.
11. Inilah firman TUHAN tentang Raja Yoahas, putera Raja Yosia, yang menjadi raja Yehuda menggantikan ayahandanya, “Dia telah pergi dari sini, dan tidak akan kembali.
12. Dia akan meninggal di negeri pembuangan, dan dia tidak akan melihat negeri ini lagi.”
13. Malanglah orang yang mendirikan rumahnya dengan ketidakadilan,dan membesarkannya dengan ketidakjujuran.Dia menyuruh orang bekerja tanpa ganjaran,dan tidak membayar upah mereka.
14. Malanglah orang yang berkata,“Aku akan mendirikan istanayang mempunyai bilik-bilik besar di tingkat atas.”Lalu dia membuat tingkap rumahnya,dengan bingkai daripada kayu sedar,lalu mengecatnya dengan warna merah.
15. Adakah engkau menjadi raja yang lebih baik,jika engkau membina istana dengan kayu sedar,sehingga lebih cantik daripada istana orang lain?Bapamu menikmati hidup yang bahagia.Dia selalu berlaku adil dan tidak berat sebelah,dan dia berjaya dalam segala usahanya.
16. Dia mengadili perkara orang miskin dengan adil;segala sesuatu berjalan dengan baik untuknya.Itulah ertinya mengenal TUHAN.
17. Tetapi engkau hanya mencari keuntungan diri sendiri;engkau membunuh orang yang tidak bersalah,dan menindas rakyatmu dengan kejam.Demikianlah firman TUHAN.
18. Oleh itu, TUHAN berfirman tentang Raja Yoyakim putera Raja Yosia, dari Yehuda,“Tiada orang yang meratapi kemangkatan baginda;tiada orang yang berkata,‘Aduhai sahabatku, aduhai.’Tiada orang yang menangisinya atau berseru,‘Kasihan tuanku raja!’
19. Yoyakim akan diseretdan dilempar keluar pintu gerbang Yerusalem,seperti yang dilakukan orang terhadap bangkai keldai.”
20. TUHAN berfirman,“Hai penduduk Yerusalem, pergilah ke Lebanon dan berteriaklah.Pergilah ke tanah Basan dan memekiklah;berserulah dari pergunungan Moab,kerana semua sekutu kamu sudah dikalahkan.
21. Aku telah berfirman kepada kamu ketika kamu makmur,tetapi kamu tidak mahu mendengarkan Aku.Itulah yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu;kamu tidak pernah mahu taat kepada-Ku.
22. Oleh itu, para pemimpin kamu akan lenyap seperti ditiup angin;sekutu-sekutu kamu akan diangkut sebagai tawanan,dan kota kamu dihina dan dipermalukankerana kamu telah melakukan kejahatan.
23. Kamu tinggal dengan amankerana dikelilingi tiang-tiang sedar Lebanon,tetapi apabila kamu ditimpa kesakitan,kamu akan menderita seperti wanita yang bersalin.”
24. TUHAN berfirman kepada Raja Yoyakhin putera Raja Yoyakim, dari Yehuda, “Demi Aku, Allah yang hidup, Aku tegaskan bahawa walaupun engkau bagaikan cincin meterai pada tangan kanan-Ku, namun Aku akan mencabut engkau,