Yeremia 22:25-29 Alkitab Berita Baik (BM)

25. lalu menyerahkan engkau kepada orang yang engkau takuti, iaitu orang yang ingin membunuh engkau. Aku akan menyerahkan engkau kepada Raja Nebukadnezar dari Babilonia dan askar-askarnya.

26. Aku akan mengusir engkau dan ibumu, lalu Aku akan membuang kamu ke negeri yang bukan tanah air kamu. Kamu berdua akan mati di sana.

27. Kamu akan sangat merindukan negeri ini, tetapi kamu tidak akan kembali.”

28. Aku, Yeremia berkata, “Adakah Raja Yoyakhin telah menjadi seperti periuk pecah yang dibuang dan tidak disukai lagi? Itukah sebabnya baginda dan anak-anaknya diusir dan dibuang ke negeri yang asing bagi mereka?”

29. Wahai negeriku, tanah airku!Dengarlah firman TUHAN,

Yeremia 22