Yeremia 2:8-22 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Para imam tidak bertanya,‘Di manakah TUHAN?’Para imam-Ku pun tidak tahu siapa Aku.Para penguasa memberontak terhadap Aku;para nabi berucap demi nama Baaldan menyembah berhala yang sia-sia.”

9. TUHAN berfirman,“Oleh itu Aku akan membentangkan perkara-Ku lagi terhadap umat-Ku.Aku akan mengemukakan tuduhan terhadap keturunan mereka.

10. Pergilah ke pulau Siprus di sebelah barat,suruhlah orang pergi ke timur, ke tanah Kedar.Engkau akan melihat bahawa hal seperti ini tidak pernah berlaku.

11. Tiada bangsa mana pun yang pernah menggantikan tuhannya,walaupun tuhan-tuhan itu bukan Allah sebenarnya.Tetapi umat-Ku telah menggantikan Aku,Allah yang telah memberikan mereka kedudukan yang mulia,dengan sesuatu yang tidak dapat melakukan apa-apa.

12. Oleh itu Aku memerintahkan langit bergoncang kerana ngeri,hairan dan terperanjat,

13. kerana umat-Ku telah melakukan dua dosa:mereka meninggalkan Aku,sumber air pemberi hidup kepada manusia,dan mereka menggali kolamyang bocor dan tidak dapat menampung air.”

14. “Israel bukan hamba;dia tidak dilahirkan sebagai hamba.Tetapi mengapa dia diburu oleh musuhnya?

15. Musuhnya mengaum seperti singa terhadapnya,dan menjadikan tanahnya tandus dan sunyi;kota-kotanya tinggal runtuhan, dan tidak berpenghuni.

16. Orang Memfis dan Tahpanhestelah meremukkan tengkoraknya.

17. Hai Israel, engkau sendiri menyebabkanhal ini berlaku kepadamu.Engkau meninggalkan Aku, TUHAN Allahmu,semasa Aku memimpin engkau dalam perjalananmu.

18. Apakah keuntungannya engkau pergi ke Mesirdan meminum air Sungai Nil?Apakah keuntungannya engkau pergi ke Asyurdan meminum air Sungai Efrat?

19. Kejahatanmu sendiri akan menghukum dirimu;engkau terseksa kerana meninggalkan Aku.Engkau akan insaf betapa pahitnya dan salahnyameninggalkan Aku, TUHAN, Allahmu,dan tidak lagi setia kepada-Ku.Aku, TUHAN Raja Yang Maha Kuasa telah berfirman.”

20. TUHAN Raja berfirman,“Hai Israel, dari dahulu engkau tidak mahu mengabdi kepada-Ku;engkau tidak mahu mentaati Aku ataupun menyembah Aku.Di atas setiap bukit yang tinggidan di bawah setiap pokok hijau,engkau menyembah dewa-dewa kesuburan.

21. Aku menanam engkau seperti pokok anggur pilihandaripada benih yang terbaik.Tetapi lihatlah, engkau sudah berubah!Engkau menjadi seperti pokok anggur liar yang tidak berguna.

22. Walaupun engkau mandi dengan menggunakan banyak sabun yang kuat,namun Aku masih nampak noda kesalahanmu.

Yeremia 2