1. TUHAN berfirman, “Hai bangsa Yehuda, dosa kamu telah ditulis dengan pen besi; dosa kamu itu diukir pada hati kamu dengan mata pen intan, dan dipahatkan pada setiap sudut mazbah-mazbah kamu.
2. Bangsa kamu memuja berhala di mazbah-mazbah dan tiang-tiang berhala yang telah didirikan untuk Dewi Asyera di bawah setiap pokok hijau, di puncak-puncak bukit,
3. dan di atas gunung-gunung di luar kota. Aku akan menyuruh musuh kamu mengangkut segala harta dan kekayaan kamu, kerana segala dosa yang telah kamu lakukan di seluruh negeri.
4. Kamu akan terpaksa menyerahkan tanah yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku akan menjadikan kamu hamba musuh di negeri yang asing sekali bagi kamu. Aku melakukan semua itu kerana kemurkaan-Ku seperti api yang menyala-nyala selama-lamanya.”
5. TUHAN berfirman,“Aku akan menghukum sesiapa sahajayang meninggalkan Aku,dan yang berharap kepada manusiaserta bersandar kepada kekuatan manusia fana.
6. Dia seperti belukar di padang gurun,yang tumbuh di kawasan gersang,di tanah bergaram, yang tidak ditumbuhi tumbuhan lain.Orang seperti itu tidak pernah mengalami kebaikan.
7. Tetapi orang yang berharap kepada-Kuakan Kuberkati selalu.
8. Dia bagaikan pokok yang tumbuhdi tepi sungai yang mengalir;akarnya merambat sampai ke air.Musim panas tidak ditakutinya,kerana daun-daunnya selalu hijau;walaupun negeri dilanda kemarau,tidak ada kegelisahannya,kerana buah selalu dihasilkannya.
9. Hati manusia tidak dapat difahami oleh sesiapa;hati manusia lebih licik daripada segala-galanya,dan penyakitnya terlalu parah.
10. Aku, TUHAN, menyelidiki hati;fikiran manusia Kuuji.Setiap orang Kuperlakukan menurut tingkah lakunya,dan Kuperlakukan sesuai dengan perbuatannya.”
11. Bagaikan burung menetaskan telur yang bukan miliknya,begitulah orang yang tidak jujur memperoleh harta.Pada usia yang masih mudadia akan kehilangan semua hartanya.Pada akhir hidupnya akan terbuktibahawa dia orang yang bodoh sekali.