Yeremia 13:14-26 Alkitab Berita Baik (BM)

14. Selepas itu Aku akan menghantukkan mereka satu sama lain, seperti kendi dihantukkan. Orang tua dan muda akan Kuperlakukan demikian tanpa ampun. Aku akan membinasakan mereka tanpa rasa sayang atau belas kasihan.”

15. Hai umat Israel, TUHAN telah berfirman!Rendahkanlah hati kamu dan dengarlah firman-Nya.

16. Hormatilah TUHAN, Allah kamusebelum Dia mendatangkan kegelapan,dan kaki kamu tersandung di pergunungan;sebelum terang yang kamu harapkandiubah menjadi kekelaman.

17. Jika kamu tidak mahu mendengarkan Dia,aku akan menangis dengan diam-diamkerana keangkuhan kamu.Aku akan menangis dengan pilu,air mataku akan berlinangkerana umat TUHAN telah ditawan musuh.

18. TUHAN berfirman kepadaku, “Suruhlah raja dan bonda raja turun dari takhta mereka, kerana mahkota mereka yang indah sudah jatuh dari kepala.

19. Kota-kota Yehuda di bahagian selatan sedang dikepung, dan tiada orang yang dapat menembusi kepungan itu. Semua penduduk Yehuda telah dibuang negeri.”

20. Hai Yerusalem, lihatlah! Musuh kamu sedang datang dari utara! Di manakah orang yang harus kamu lindungi, orang yang sangat kamu banggakan itu?

21. Apakah yang akan kamu katakan apabila orang yang kamu anggap sebagai kawan, mengalahkan serta menguasai kamu? Tentu kamu akan berasa sakit seperti perempuan yang sedang bersalin.

22. Mungkin kamu bertanya mengapa semuanya itu menimpa diri kamu; mengapa pakaian kamu dikoyak dan mengapa kamu dirogol. Ketahuilah bahawa semua itu berlaku kerana dosa kamu terlalu besar.

23. Dapatkah orang hitam mengubah warna kulitnya, atau harimau bintang menghilangkan tompoknya? Tentu tidak! Begitu juga dengan kamu yang biasa berbuat jahat, tidak mungkin berbuat baik.

24. TUHAN akan mencerai-beraikan kamu seperti jerami yang ditiup angin dari gurun.

25. Dia telah berfirman bahawa itulah kesudahan kamu. Itulah yang ditentukan-Nya untuk dilakukan terhadap kamu kerana kamu telah melupakan Dia dan percaya kepada tuhan-tuhan palsu.

26. TUHAN sendiri akan menanggalkan pakaian kamu sehingga kamu telanjang dan dipermalukan.

Yeremia 13