Yeremia 12:9-17 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Umat pilihan-Ku seperti seekor burungyang diserang oleh burung helang dari segala arah.Panggillah binatang liaruntuk ikut menghabiskan mereka.

10. Banyak penguasa asing telah merosakkan ladang anggur-Ku;mereka memijak-mijak ladang-Ku.Mereka mengubah negeri-Ku yang indah menjadi gurun.

11. Mereka menjadikannya tanah yang tandus;terbiar di hadapan-Ku.Seluruh negeri telah menjadi padang gurun,dan tiada sesiapa pun yang mempedulikannya.

12. Di seluruh dataran tinggi di tanah gurun,orang datang untuk menjarah.Aku mendatangkan perang untuk menghancurkan seluruh negeri;tiada sesiapa pun yang dapat hidup damai.

13. Umat-Ku menanam gandum, tetapi menuai lalang.Mereka bekerja keras tetapi tidak mendapat hasil.Kerana Aku sangat murka,tuaian mereka mengecewakan.”

14. TUHAN berfirman, “Inilah perkhabaran-Ku tentang negara-negara jiran Israel yang telah merosakkan negeri yang Kuberikan kepada umat-Ku Israel. Sebagaimana tanaman dicabut dari tanah, demikianlah semua orang jahat itu akan Kucabut dari negeri-negeri mereka. Aku akan membebaskan Yehuda daripada kekuasaan mereka.

15. Tetapi selepas Aku membuang mereka, Aku akan mengasihani mereka lagi; setiap bangsa akan Kubawa kembali ke negeri mereka sendiri.

16. Jika dengan sepenuh hati mereka mahu menerima agama umat-Ku dan bersumpah dengan berkata, ‘Demi TUHAN yang hidup,’ - seperti mereka mengajarkan umat-Ku bersumpah demi Baal dahulu - maka mereka pun akan tergolong umat-Ku dan menjadi makmur.

17. Tetapi bangsa yang tidak mahu mentaati Aku, akan Kucabut seperti tanaman dan Kubinasakan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Yeremia 12