4. Aku telah membuat perjanjian itu dengan nenek moyang mereka apabila Aku memimpin mereka keluar dari Mesir, negeri yang seperti neraka bagi mereka. Aku menyuruh mereka taat kepada-Ku dan melakukan segala yang telah Kuperintahkan. Aku memberitahu mereka bahawa jika mereka taat kepada-Ku, mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku menjadi Allah mereka.
5. Jika mereka melakukan semuanya, Aku akan menepati janji-Ku kepada nenek moyang mereka bahawa negeri yang subur dan makmur, yang sekarang didiami oleh mereka, akan Kuberikan kepada mereka.”Aku menjawab, “Baiklah, TUHAN.”
6. Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Pergilah ke kota-kota di Yehuda dan ke jalan-jalan di Yerusalem. Isytiharkanlah perkhabaran-Ku kepada orang di sana dan suruh mereka memperhatikan serta mentaati syarat-syarat perjanjian.
7. Ketika Aku memimpin nenek moyang mereka keluar dari Mesir, dengan tegas Aku memperingatkan mereka supaya taat kepada-Ku. Sampai hari ini pun Aku masih memperingatkan umat-Ku tentang hal itu,