Yeremia 1:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kitab ini mengandungi kata-kata Yeremia anak Hilkia, salah seorang imam dari kota Anatot di wilayah Benyamin.

2. TUHAN berfirman kepada Yeremia pada tahun ketiga belas pemerintahan Raja Yosia putera Raja Amon di Yehuda.

3. Kemudian TUHAN berfirman lagi kepada Yeremia pada masa pemerintahan Raja Yoyakim putera Raja Yosia. Selepas itu, TUHAN berfirman kepada Yeremia beberapa kali sehingga tahun kesebelas pemerintahan Raja Zedekia putera Raja Yosia. Pada bulan kelima tahun itu juga penduduk Yerusalem dibuang negeri.

18-19. Dengarlah, hai Yeremia! Engkau akan ditentang oleh semua penduduk negeri ini, iaitu raja-raja Yehuda, para pegawai pemerintah, para imam, dan rakyat. Tetapi pada hari ini Aku memberi engkau kekuatan untuk menentang mereka. Engkau akan menjadi seperti kota berkubu, seperti tiang besi, dan seperti tembok gangsa. Mereka tidak akan mengalahkan engkau, kerana Aku menyertai engkau untuk melindungi engkau. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Yeremia 1