Yehezkiel 9:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian aku mendengar Allah berseru, “Marilah, kamu yang akan menghukum kota ini. Bawalah senjata kamu.”

2. Segera enam orang lelaki datang dari sebelah luar pintu gerbang utara Rumah TUHAN, dan masing-masing membawa senjata. Mereka disertai oleh seorang yang berpakaian linen dan membawa alat untuk menulis. Mereka semua datang dan berdiri dekat mazbah gangsa.

3. Lalu cahaya yang berkilauan, yang menandakan hadirat Allah Israel, terangkat ke atas daripada kerub-kerub dan bergerak dari tempatnya lalu menuju ke pintu masuk Rumah TUHAN. TUHAN memanggil orang yang berpakaian linen itu, dan berfirman,

4. “Jelajahilah seluruh kota Yerusalem dan bubuhlah tanda pada dahi setiap orang yang sedih dan susah kerana segala perbuatan yang menjijikkan yang dilakukan di kota itu.”

5. Aku mendengar Allah berfirman kepada lelaki-lelaki yang lain, “Ikutlah dia ke seluruh kota dan bunuhlah setiap orang. Jangan lepaskan seorang pun. Jangan kasihani sesiapa pun.

Yehezkiel 9