Yehezkiel 41:4-14 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Dia mengukur bilik itu juga; ukurannya 10 meter persegi. Selepas itu dia berkata kepadaku, “Inilah Bilik Maha Suci.”

5. Lelaki itu mengukur tembok sebelah dalam Rumah TUHAN; tebalnya 3 meter. Pada tembok di sekeliling Rumah TUHAN terdapat bilik-bilik kecil, yang lebarnya 2 meter.

6. Bilik-bilik itu bertingkat tiga dan pada setiap tingkat ada tiga puluh buah bilik. Tembok luar setiap tingkat lebih tipis daripada tembok tingkat di bawahnya, sehingga bilik itu dapat dibina tanpa menggabungkannya pada tembok Rumah TUHAN.

7. Dari luar, tembok Rumah TUHAN nampaknya sama tebal dari bawah ke atas. Pada tembok luar Rumah TUHAN itu, di sebelah luar bilik-bilik itu, terdapat dua buah tangga yang besar untuk orang naik dari tingkat bawah ke tingkat dua dan tiga.

12. Di hujung halaman sebelah barat Rumah TUHAN, ada sebuah bangunan yang panjangnya 45 meter dan lebarnya 35 meter. Tebal dinding bangunan itu 2.5 meter.

13. Lelaki itu mengukur Rumah TUHAN, dan panjangnya 50 meter. Dari belakang Rumah TUHAN sampai ke belakang bangunan besar di sebelah barat itu, jaraknya 50 meter.

14. Bahagian depan Rumah TUHAN termasuk halaman di sebelah kiri dan kanan, lebarnya 50 meter.

Yehezkiel 41