6. Selepas itu dia pergi ke pintu gerbang yang menghadap ke timur. Dia menaiki tangga pintu gerbang, dan di atas tangga itu dia mengukur ambang pintu; lebarnya 3 meter.
7. Di belakang pintu gerbang itu ada sebuah lorong dan tiga buah bilik pengawal pada tiap-tiap sisinya. Tiap-tiap bilik berbentuk empat persegi, setiap sisi berukuran 3 meter, dan tembok pemisah bilik setebal 2.5 meter. Selepas bilik-bilik pengawal itu, lorong memanjang 3 meter lagi dan menuju ke ruangan depan yang menghadap Rumah TUHAN.
10. Ukuran bilik-bilik pengawal di sisi lorong itu semuanya sama, dan tebal tembok bilik pun sama.
11. Kemudian lelaki itu mengukur lorong di pintu gerbang. Lebar lorong itu 6.5 meter, dan lebar pintu gerbang itu 5 meter.
12. Di hadapan tiap-tiap bilik pengawal itu ada tembok yang rendah; tingginya 0.5 meter, dan tebalnya 0.5 meter juga. Semua bilik itu 3 meter persegi.
13. Lalu lelaki itu mengukur jarak dari tembok belakang sebuah bilik sampai ke tembok belakang bilik yang di seberangnya; jaraknya 12.5 meter.
14. Ruangan depan di hujung sekali menghadap ke halaman luar Rumah TUHAN. Dia mengukur ruangan depan itu; lebarnya 10 meter.
15. Jarak dari tembok pintu gerbang di sebelah luar sampai ke tembok ruangan depan di bahagian yang menghadap ke Rumah TUHAN ialah 25 meter.
16. Pada tembok sebelah luar dan tembok pemisah semua bilik itu terdapat tingkap-tingkap yang kecil. Pada tembok sebelah dalam yang menghadap ke lorong itu terdapat ukiran pokok palma.
17. Lelaki itu membawa aku melalui pintu gerbang ke halaman luar Rumah TUHAN. Pada sisi tembok luar di sekeliling Rumah TUHAN itu dibina tiga puluh buah bilik. Di hadapan bilik-bilik itu terdapat kawasan berturap batu,
18. yang mengelilingi halaman itu. Halaman luar ini letaknya lebih rendah daripada halaman dalam.
19. Di situ ada sebuah pintu gerbang yang letaknya lebih tinggi dan yang menghadap ke halaman dalam. Lelaki itu mengukur jarak di antara dua buah pintu gerbang itu; jaraknya 50 meter.
20. Kemudian lelaki itu mengukur pintu gerbang di sebelah utara yang menghadap ke halaman luar.
21. Tiga buah bilik pengawal yang terletak di sisi lorong pintu gerbang itu, tembok pemisah bilik, dan ruangan depan itu, semuanya sama ukuran dengan yang terdapat di pintu gerbang timur. Seluruh lorong pintu gerbang itu panjangnya 25 meter dan lebarnya 12.5 meter.
22. Ruangan depan, tingkap-tingkap, dan ukiran pokok palma sama dengan yang terdapat pada pintu gerbang timur. Tujuh anak tangga menuju ke pintu gerbang utara itu dan di hujungnya terdapat ruangan depan yang menghadap ke halaman luar Rumah TUHAN.