6. Selepas itu balikkanlah badanmu dan berbaringlah pula pada sebelah kananmu. Rasakanlah hukuman untuk kesalahan penduduk Yehuda selama empat puluh hari, satu hari melambangkan satu tahun hukuman bagi mereka.
7. Tataplah pengepungan Yerusalem dan acungkanlah tinjumu lalu bernubuatlah terhadap kota itu.
8. Aku akan mengikat engkau supaya engkau tidak dapat membalikkan badan ke kanan ataupun ke kiri sehingga pengepungan itu berakhir.
9. Sekarang ambillah gandum, barli, kacang merah, kacang polong, sekoi, dan gandum halus. Campurkanlah semuanya dan buatlah roti. Itulah makananmu selama 390 hari engkau berbaring pada sebelah kirimu.