Yehezkiel 39:25-27 Alkitab Berita Baik (BM)

25. TUHAN Raja berfirman, “Tetapi sekarang Aku akan mengasihani keturunan Yakub, umat Israel, dan menjadikan mereka makmur semula. Aku akan membela nama-Ku yang suci.

26. Apabila mereka tinggal lagi di negeri mereka sendiri dengan aman, dan tidak seorang pun yang mengancam mereka, maka mereka akan melupakan hinaan terhadap mereka kerana mengkhianati Aku.

27. Sebagai bukti kepada bangsa-bangsa bahawa Aku suci, Aku akan membawa umat-Ku pulang dari negeri-negeri musuh mereka.

Yehezkiel 39