21. TUHAN berfirman, “Aku akan menunjukkan kemuliaan-Ku kepada bangsa-bangsa, dan mereka akan melihat Aku menggunakan kuasa-Ku untuk melaksanakan keputusan-Ku yang adil.
22. Mulai saat itu Israel akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah mereka.
23. Bangsa-bangsa akan tahu bahawa umat Israel dibuang kerana dosa mereka terhadap Aku. Aku meninggalkan mereka, dan membiarkan mereka dikalahkan oleh musuh dan dibunuh dalam peperangan.
24. Aku membalas mereka setimpal dengan kenajisan dan kejahatan mereka, dan Aku meninggalkan mereka.”
25. TUHAN Raja berfirman, “Tetapi sekarang Aku akan mengasihani keturunan Yakub, umat Israel, dan menjadikan mereka makmur semula. Aku akan membela nama-Ku yang suci.