Yehezkiel 38:21-23 Alkitab Berita Baik (BM)

21. Aku akan menakutkan Gog dengan segala macam bencana. Aku, TUHAN Raja telah berfirman. Anak buahnya akan menyerang satu sama lain dengan pedang.

22. Lalu Aku akan menghukum dia dengan wabak dan pertumpahan darah. Hujan lebat, hujan batu, api, dan belerang akan menimpa dia dan tenteranya, serta bangsa-bangsa yang memihaknya.

23. Dengan cara itu Aku akan menunjukkan kebesaran dan kesucian-Ku kepada semua bangsa. Barulah mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.”

Yehezkiel 38