Yehezkiel 38:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman kepadaku,

2. “Hai manusia fana, kecamlah Gog, penguasa utama negeri-negeri Mesekh dan Tubal di tanah Magog. Kecamlah dia

3. dan beritahulah dia bahawa Aku, TUHAN Raja, ialah musuhnya.

4. Aku akan menjadikan dia tidak berdaya, memasang kait pada rahangnya, dan menyeretnya bersama-sama semua pasukannya. Pasukan berkudanya yang berpakaian seragam itu sangat banyak bilangannya. Tiap-tiap askar mempunyai perisai dan pedang.

5. Tenteranya terdiri daripada askar dari Persia, Etiopia, dan Libia, dan masing-masing mempunyai perisai dan topi besi.

Yehezkiel 38