Yehezkiel 37:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Aku merasakan kuasa TUHAN, dan Roh-Nya membawa aku ke sebuah lembah yang penuh dengan tulang.

2. TUHAN membawa aku berkeliling lembah itu, dan aku nampak tulang-tulang bertaburan yang sungguh banyak dan sangat kering.

3. Dia berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, dapatkah tulang-tulang ini hidup semula?”Aku menjawab, “Ya TUHAN Raja, hanya Engkau yang tahu akan jawapannya!”

4. Dia berfirman, “Bernubuatlah kepada tulang-tulang itu. Suruhlah tulang-tulang itu mendengar firman TUHAN.

5. Beritahulah tulang-tulang itu bahawa Aku, TUHAN Raja berfirman kepada tulang kering itu, ‘Aku akan menghembuskan nafas ke dalam kamu supaya kamu hidup semula.

Yehezkiel 37