Yehezkiel 34:29-31 Alkitab Berita Baik (BM)

29. Aku akan memberi mereka tanah yang subur serta menghapuskan kelaparan di negeri itu. Bangsa lain tidak akan mengolok-olokkan mereka lagi.

30. Semua orang akan tahu bahawa Aku melindungi Israel, dan bahawa mereka umat-Ku. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.

31. Hai kawanan domba yang Aku beri makan. Kamulah umat-Ku dan Akulah Allah kamu.” Demikianlah firman TUHAN Raja.

Yehezkiel 34