31. Maka mereka semua datang berkumpul dan sebagai umat-Ku mereka mendengar engkau, tetapi mereka tidak melakukan apa yang engkau suruh. Mereka mengucapkan kata-kata manis, tetapi hati mereka hanya memikirkan keuntungan.
32. Mereka menganggap engkau seorang penyanyi lagu cinta yang bersuara merdu dan pandai bermain kecapi. Mereka mendengar segala kata-katamu, tetapi tidak mentaatinya.
33. Tetapi apabila kata-katamu menjadi kenyataan kelak - dan tentu semuanya akan menjadi kenyataan - barulah mereka tahu bahawa seorang nabi pernah ada di kalangan mereka.”