1. Pada hari pertama, bulan ketiga, tahun kesebelas masa kami dalam buangan, TUHAN berfirman kepadaku,
2. “Hai manusia fana, sampaikanlah firman-Ku kepada raja Mesir dan semua rakyatnya:Kamu sungguh kuat!Tiada yang dapat menjadi saingan kamu.
3. Engkau seperti pokok sedar di Lebanon,penuh dengan cabang yang rimbun dan indah,pokok yang tinggi sehingga puncaknya mencapai awan.
4. Pokok itu meninggi kerana airnya cukup.Sungai di bawah tanah memberinya khasiat,dan mengairi akar-akarnyaserta membasahi pokok-pokok lain di hutan.
5. Kerana cukup airnyapokok itu tumbuh lebih tinggidaripada pokok-pokok lain.Dahannya menjadi besar dan panjang.