7. Negeri itu akan menjadi negeri yang paling tandus dan lengang di dunia. Kota-kotanya akan menjadi runtuhan sama sekali.
8. Selepas Aku membakar Mesir dan membunuh semua pembelanya, barulah mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.
9. Pada hari itu, apabila Mesir telah musnah, Aku akan mengirim para utusan dengan kapal-kapal untuk mengejutkan orang Etiopia yang tidak curiga itu sehingga mereka ketakutan. Hari itu sudah dekat!”
10. TUHAN Raja berfirman, “Aku akan menggunakan Raja Nebukadnezar dari Babilonia untuk menghancurkan kekayaan Mesir.