Yehezkiel 29:19-21 Alkitab Berita Baik (BM)

19. Oleh itu Aku, TUHAN Raja berfirman, ‘Aku akan memberikan negeri Mesir kepada Raja Nebukadnezar. Dia akan menjarah negeri itu dan merampas segala harta negeri itu sebagai upah tenteranya.

20. Aku akan menyerahkan Mesir kepadanya sebagai balasan jasanya, kerana tenteranya telah berkhidmat kepada-Ku. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.’

21. Apabila perkara itu berlaku, Aku akan menjadikan umat Israel bangsa yang kuat. Aku akan memungkinkan engkau, hai Yehezkiel, berkata-kata kepada mereka, supaya mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.”

Yehezkiel 29