10. maka Aku menjadi musuhmu dan musuh sungaimu. Aku akan menjadikan seluruh Mesir tandus dan lengang, mulai dari kota Migdol di sebelah utara sampai ke kota Aswan di sebelah selatan, bahkan sampai ke sempadan Etiopia.
11. Tiada manusia ataupun binatang akan melaluinya. Selama empat puluh tahun tempat itu tidak akan dihuni.
12. Aku akan menjadikan Mesir negeri yang paling tandus dan lengang di seluruh dunia. Selama empat puluh tahun kota-kota di Mesir akan merupakan runtuhan yang lebih teruk daripada mana-mana kota. Aku akan menjadikan orang Mesir orang pelarian. Mereka akan lari ke segala negeri dan tinggal antara bangsa lain.”
13. TUHAN Raja berfirman, “Selepas empat puluh tahun Aku akan membawa orang Mesir pulang dari negeri-negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka.