Yehezkiel 27:17-36 Alkitab Berita Baik (BM)

17. Yehuda dan Israel membeli baranganmu dan membayar dengan gandum, madu, minyak zaitun, dan rempah-ratus.

18-19. Penduduk Damsyik membeli barang dagangan dan hasil-hasilmu dan membayar dengan wain dari Helbon, bulu domba dari Sahar, besi tempa, dan rempah-rempah.

20. Penduduk Dedan membayar baranganmu dengan kain alas pelana.

21. Orang Arab dan para penguasa Kedar membayar baranganmu dengan kambing, domba jantan, dan anak domba.

22. Pedagang dari Syeba dan Raema membayar baranganmu dengan batu permata, emas, dan rempah yang terbaik.

23. Kota-kota Haran, Kane, Eden, pedagang-pedagang dari Syeba, kota-kota Asyur dan Kilmad, semuanya berniaga dengan kamu.

24. Mereka menjual pakaian mewah, kain ungu, kain sulam, permaidani yang berwarna-warni, dan tali-temali yang kuat.

25. Barang daganganmu dibawa dengan kapal-kapal yang paling besar.Kamu bagaikan kapal di laut,penuh dengan muatan berat.

26. Ketika pendayungmu membawa kamu belayar,angin timur melanda kamu di tengah lautan.

27. Segala barang daganganmu,semua pelaut dan anak buahmu,tukang kayu dan kaum pedagangmu,dan setiap askar dalam kapalmu,semuanya hilang tenggelamapabila kapalmu karam.

28. Jeritan pelaut yang tenggelamterdengar sampai ke pantai.

29. Kini setiap kapal ditinggalkan,setiap pelaut telah naik ke darat.

30. Mereka meratapi kamu dengan pilu,mereka menaburkan debu pada kepala dan berguling dalam abu kerana duka.

31. Mereka mencukur rambut kerana kamu,dan memakai kain guni tanda sedih.Mereka meratap dengan hati pilu.

32. Mereka menyanyikan lagu ratapan bagimu,‘Tirus, siapakah tandinganmu?Tirus, di laut kini kamu membisu.

33. Apabila kaum pedagangmu belayar ke seberang laut,kamu mencukupi keperluan setiap bangsa.Raja-raja menjadi kayakerana baranganmu yang berharga.

34. Tetapi kini kamu sudah hancur,dan tenggelam ke dasar lautan.Baranganmu dan semua anak buahmu hilang bersama-sama kamu di lautan.’

35. Semua orang yang tinggal di sepanjang pantai terperanjat mendengar kesudahanmu. Bahkan raja-raja mereka pun sangat takut; kengerian nampak pada wajah mereka.

36. Kamu hilang dan lenyap selama-lamanya. Pedagang di seluruh dunia gerun kalau-kalau mereka juga mengalami kesudahanmu.”

Yehezkiel 27