Yehezkiel 25:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman kepadaku,

2. “Hai manusia fana, kecamlah negeri Amon.

3. Suruhlah bangsa itu mendengar apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka, ‘Kamu bersukacita ketika melihat Rumah-Ku dinajiskan, negeri Israel dimusnahkan, dan penduduk Yehuda dibuang negeri.

4. Oleh itu Aku akan membiarkan kamu dikalahkan oleh suku-suku dari gurun di sebelah timur. Mereka akan mendirikan perkhemahan di negeri kamu dan menetap di situ. Mereka akan makan buah-buahan dan minum susu ternakan kamu.

5. Aku akan menjadikan kota Raba tempat menggembalakan unta, dan seluruh negeri Amon tempat menggembalakan domba, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ”

6. TUHAN Raja berfirman, “Kamu sangat membenci Israel sehingga kamu bertepuk tangan dan menari-nari dengan gembira atas kemusnahan negeri Israel.

7. Oleh itu Aku akan menyerahkan kamu kepada bangsa-bangsa yang akan merompak dan menjarah segala milik kamu. Aku akan membinasakan kamu habis-habisan sehingga kamu bukan lagi satu bangsa yang mempunyai negeri sendiri. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”

8. TUHAN Raja berfirman, “Kerana Moab berkata bahawa Yehuda sama dengan bangsa-bangsa lain,

9. Aku akan membiarkan musuh menyerang kota-kota yang mempertahankan sempadan Moab, termasuk kota-kota yang terbaik iaitu Bet-Yesimot, Baal-Meon, dan Kiryataim.

Yehezkiel 25