Yehezkiel 25:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman kepadaku,

2. “Hai manusia fana, kecamlah negeri Amon.

3. Suruhlah bangsa itu mendengar apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka, ‘Kamu bersukacita ketika melihat Rumah-Ku dinajiskan, negeri Israel dimusnahkan, dan penduduk Yehuda dibuang negeri.

4. Oleh itu Aku akan membiarkan kamu dikalahkan oleh suku-suku dari gurun di sebelah timur. Mereka akan mendirikan perkhemahan di negeri kamu dan menetap di situ. Mereka akan makan buah-buahan dan minum susu ternakan kamu.

5. Aku akan menjadikan kota Raba tempat menggembalakan unta, dan seluruh negeri Amon tempat menggembalakan domba, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ”

Yehezkiel 25