Yehezkiel 24:25-27 Alkitab Berita Baik (BM)

25. TUHAN berfirman, “Hai manusia fana, Aku akan mengambil Rumah-Ku yang kukuh itu daripada mereka, Rumah yang telah menjadi kebanggaan dan kesukaan mereka, dan yang dipandang serta dilawati mereka dengan suka hati. Lalu Aku akan mengambil anak-anak mereka juga.

26. Pada hari Aku melakukan perkara itu, seorang yang terselamat daripada bencana itu akan datang untuk memberitahu engkau hal itu.

27. Pada hari itu juga engkau akan dapat bercakap semula, dan engkau akan bercakap dengan dia. Dengan demikian, engkau akan menjadi tanda bagi umat, dan mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”

Yehezkiel 24