1. TUHAN berfirman kepadaku,
2. “Hai manusia fana, sudahkah engkau bersedia menghukum kota yang penuh dengan pembunuh? Tunjukkanlah segala perbuatannya yang jijik itu kepadanya.
3. Beritahulah kota itu apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan: Kerana kamu telah membunuh amat banyak orangmu sendiri, dan telah menajiskan diri dengan menyembah berhala, sekarang saat hukumanmu sudah dekat.
4. Kamu bersalah kerana telah melakukan pembunuhan, dan kamu dinajiskan oleh berhala-berhala yang kamu buat. Hukuman terakhir bagimu sudah dekat. Aku membiarkan bangsa-bangsa dan semua negeri mengolok-olokkan dan mencerca kamu.
5. Negeri-negeri yang dekat dan yang jauh mengejek kamu kerana kamu melanggar hukum dan peraturan.
6. Semua pemimpin Israel bergantung kepada kekuatan mereka sendiri dan melakukan pembunuhan.
7. Tiada sesiapa pun di kota itu menghormati ibu bapanya. Kamu menipu orang asing, serta memperdayakan balu dan yatim piatu.
8. Kamu memandang rendah tempat-tempat yang suci dan kamu tidak merayakan hari Sabat.
19-20. Oleh itu Aku, TUHAN Raja memberitahu mereka sekarang, bahawa mereka tidak berguna seperti sanga itu. Sebagaimana orang memasukkan bijih perak, tembaga, besi, dan timah hitam ke dalam relau, demikian juga Aku akan mengumpulkan dan membawa mereka ke Yerusalem. Sebagaimana api melebur bijih logam, demikian juga kemurkaan-Ku akan melebur mereka.