Yehezkiel 21:5-22 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Semua orang akan tahu bahawa Aku, TUHAN, telah menghunus pedang dan Aku tidak akan menyarungkannya.

6. Hai manusia fana, mengeluhlah di depan orang seolah-olah engkau patah hati dan terlalu sedih.

7. Apabila mereka bertanya mengapa engkau mengeluh, katakanlah bahawa engkau sedih kerana berita yang akan datang. Berita itu akan membuat hati mereka takut, tangan mereka lemah, semangat mereka hilang, dan lutut mereka gementar. Masanya sudah tiba, dan semua itu akan terjadi!” TUHAN Raja telah berfirman.

8. TUHAN berfirman kepadaku,

9. “Hai manusia fana, bernubuatlah. Beritahulah umat bahawa Aku, Tuhan berfirman,‘Ada sebilah pedang,pedang yang diasah dan digosok.

10. Pedang itu diasah untuk membunuh,digosok supaya berkilau-kilauan.Bagi umat-Ku tidak ada lagi kegembiraan,kerana mereka telah mengabaikan setiap amaran dan hukuman.

11. Pedang itu dikilatkansupaya siap digunakan,diasah dan dikilatkan,untuk diserahkan kepada seorang pembunuh.

12. Hai manusia fana, merataplah dan berseru,kerana pedang itu digunakan untuk melawan umat-Ku.Semua pemimpin Israel akan dibunuhbersama-sama semua umat-Ku.Tebahlah dada kerana putus asa.

13. Aku sedang menguji umat-Ku,dan jika mereka tidak mahu bertaubat,segala perkara ini akan menimpa mereka.’

14. Sekarang, hai manusia fana, bernubuatlah. Tepuklah tanganmu, lalu pedang akan membantai berulang-ulang. Pedang itu pedang yang membunuh, menakutkan, dan membantai orang.

15. Umat-Ku akan hilang semangat dan jatuh tersandung. Aku sedang mengancam kota mereka dengan pedang yang berkilau seperti kilat, dan yang telah siap untuk melakukan pembunuhan.

16. Hai pedang tajam, tikamlah ke kanan dan ke kiri dan ke mana-mana engkau ingin.

17. Aku juga akan bertepuk tangan, dan kemurkaan-Ku akan reda. Aku, TUHAN telah berfirman.”

18. TUHAN berfirman kepadaku,

19. “Hai manusia fana, lukiskan dua batang jalan yang akan dilalui raja Babilonia yang membawa pedangnya. Kedua-dua jalan itu akan bermula dari negeri yang sama. Pasanglah papan tanda di tempat jalan itu mula bercabang.

20. Papan tanda yang satu akan memberikan petunjuk kepada raja Babilonia jalan ke kota orang Amon di Raba, dan yang satu lagi jalan ke Yerusalem, kota yang berkubu di Yehuda.

21. Raja Babilonia berdiri di sisi papan tanda itu, di simpang jalan. Untuk menentukan jalan mana yang akan dilaluinya, dia akan menggoncang anak panahnya, bertanya kepada berhala-berhalanya, dan memeriksa hati binatang yang dipersembahkan sebagai korban.

22. Panah yang bertanda ‘Yerusalem’ dicabut tangan kanannya. Hal ini bererti bahawa raja harus menyusun kayu-kayu pelantak, meneriakkan pekik pertempuran, meletakkan kayu-kayu pelantak di pintu gerbang, membina tambak pengepungan, dan menggali parit-parit.

Yehezkiel 21