11. Pedang itu dikilatkansupaya siap digunakan,diasah dan dikilatkan,untuk diserahkan kepada seorang pembunuh.
12. Hai manusia fana, merataplah dan berseru,kerana pedang itu digunakan untuk melawan umat-Ku.Semua pemimpin Israel akan dibunuhbersama-sama semua umat-Ku.Tebahlah dada kerana putus asa.
13. Aku sedang menguji umat-Ku,dan jika mereka tidak mahu bertaubat,segala perkara ini akan menimpa mereka.’
14. Sekarang, hai manusia fana, bernubuatlah. Tepuklah tanganmu, lalu pedang akan membantai berulang-ulang. Pedang itu pedang yang membunuh, menakutkan, dan membantai orang.
15. Umat-Ku akan hilang semangat dan jatuh tersandung. Aku sedang mengancam kota mereka dengan pedang yang berkilau seperti kilat, dan yang telah siap untuk melakukan pembunuhan.
16. Hai pedang tajam, tikamlah ke kanan dan ke kiri dan ke mana-mana engkau ingin.
17. Aku juga akan bertepuk tangan, dan kemurkaan-Ku akan reda. Aku, TUHAN telah berfirman.”
18. TUHAN berfirman kepadaku,
19. “Hai manusia fana, lukiskan dua batang jalan yang akan dilalui raja Babilonia yang membawa pedangnya. Kedua-dua jalan itu akan bermula dari negeri yang sama. Pasanglah papan tanda di tempat jalan itu mula bercabang.
20. Papan tanda yang satu akan memberikan petunjuk kepada raja Babilonia jalan ke kota orang Amon di Raba, dan yang satu lagi jalan ke Yerusalem, kota yang berkubu di Yehuda.
21. Raja Babilonia berdiri di sisi papan tanda itu, di simpang jalan. Untuk menentukan jalan mana yang akan dilaluinya, dia akan menggoncang anak panahnya, bertanya kepada berhala-berhalanya, dan memeriksa hati binatang yang dipersembahkan sebagai korban.